JellyPages.com

snow


Sunday, 2 December 2012

AJIBOY

PENGARAH: Ismail Bob Hashim
PENERBIT : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
GENRE: Komedi
MULA TAYANGAN : 08 Nov 2012
DURASI: 82 min

TENTANG AJIBOY



Dia kecil, genius,Irfan. Seorang kanak  kanak yang genius dan petah bercakap yang diamanahkan oleh ayahnya En Fauzan untuk menjaga dan menguruskan Taman Tema Air Melaka buat sementara waktu. Oleh kerana dirinya yang masih kecil, kemampuannya di ragui oleh Along dan Bob



















                                                                                                                         

                         Along dan Bob merupakan dua orang di Taman Tema tersebut yang sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang mereka seperti memberikan barang  barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita. Kehadiran Irfan dalam menggantikan jawatan En Fauzan dipandang remeh oleh mereka sehinggalah Irfan mengenakan tindakan terhadap mereka.Along dan Bob diturunkan pangkat kerana  meletakan gambar anak bosnya di merata rata tempat supaya ajiboy tidak dapat masuk.dan  sering diarahkan melakukan kerja  kerja pembersihan di sekitar Taman Tema tersebut. Hal tersebut telah menyebabkan mereka tekad untuk melakukan satu pengkhianatan. Irfan, meskipun masih kecil mempunyai satu lagi amanah yang amat besar yang harus ditunaikannya. Arwah ibu Irfan telah meminta Irfan untuk mencarikan isteri untuk En Fauzan supaya mereka tidak akan merasa sunyi



Irfan yang berkenan pada CIK NISA telah cuba untuk menyatukan mereka namun setelah mengetahui bahawa Cik Nisa sudah mempunyai anak, Irfan pantas beranggapan yang Cik Nisa sudah mempunyai keluarganya sendiri. 




Mampukah Irfan mencari calon isteri untuk En Fauzan? Adakah Along dan Bob akan teruskan niat mereka untuk mengkhianati En Fauzan? Dapatkah Irfan menyelamatkan Taman Tema tersebut?



TONTON FULL MOVIE ONLINE AJIBOY




KALAU NAK BESARKAN SCREEN NI TEKAN BANYAK KALI KAT SCREEN NI
KENA TUNGGU 30 SECONDS DULU

Wednesday, 28 November 2012

Planet Plutoo...


Pluto merupakan sebuah planet dari 9 planet pada sebelum ini. Pada mulanya ia dianggap sebagai sebuah planet tetapi kini, ia digelar planet kerdil dan dikeluarkan daripada kalangan planet sistem solar. Ia disahkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Tetapi, ciri fizikal Pluto tidak berubah.
Pluto, digelar secara rasmi 134340 Pluto, merupakan planet kerdil kedua terbesar yang diketahui dalam Sistem Suria(selepas planet kerdil Eris) dan badan kesepuluh terbesar yang dilihat dengan mata kasar mengelilingi matahari. Pada asalnya dikelaskan sebagai sebuah, Pluto kini dianggap ahli terbesar bagi populasi berlainan yang dikenali sebagai gelung Kuiper.
Sebagaimana ahli gelung Kuiper, Pluto terutamanya terdiri daripada batu dan air batu dan agak kecil: sekitar satu per lima daripada jisim Bulan Bumi dan satu pertiga isipadunya. Ia memiliki kelainan orbit dan orbit amat condong yang membawanya dari 30 hingga 49 AU (4.4–7.4 juta km) dari Matahari. Ini menyebabkan Pluto kadang kala menghampiri Matahari lebih dari Neptun.
Sejak dijumpai pada tahun 1930 sehingga 2006, Pluto dianggap sebagai planet ke sembilan dalam Sistem Suria. Pada akhir tahun 1970-an, selepas jumpaan planet kecil 2060 Chiron di luar Sistem Suria dan pengakuan jisim rendah Pluto, statusnya sebagai planet utama telah dipersoalkajn. Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa dengan Pluto telah dijumpai di luar Sistem Suria, terutamanya objek cakera bertabur seperti planet kerdil Eris pada tahun 2005, yang 27% lebih besar berbanding Pluto. Pada 24 Ogos 2006, ("International Astronomical Union") (IAU) mentakrifkan apa yang dianggap planet dalam Sistem Suria. Takrifan ini menyingkirkan Pluto sebagai sebuah planet dan memasukkannya sebagai ahli kategori baru "planet kerdil" bersama Eris dan Ceres. Selepas pengelasan, Pluto ditambah kepada daftar planet kecil dan diberikan nama rasmi 134340. Sejumlah pakar sains kekal menegaskan bahawa Pluto patut dikelaskan sebagai sebuah planet.